Followers

Thursday, June 3, 2010

cIntA sIbEr......(^^,)


cinta siber cinta ym cinta pesbuk..hum...Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yang begitu unik. Apatah lagi jika dia berlainan jantina.Ada yang berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak online pun dah rasa rindu.tp adew yg mlmpau kan..yg wat kita mnyampah..so nie adew cre2 yg sy jumpa masew search sal bnda nie...sharing is caring...


1. Jangan respon.
2. Jadi seorang yang menyakitkan hati sehingga dia hilang minat terhadap kita.
3. Buat-buat macam tak berminat sehingga dia bosan dan menjauhi diri.
4. Katakan anda memang tak berminat secara jujur dan diplomasi secepat yang mungkin.
5. Tunjukkan sesuatu yang spesifik pada dirinya yang tak sesuai dengan kita. Contohnya, "Saya tak keluar dengan org yang dah ada anak" , "Saya tak selesa berhubungan dengan duda" atau "Saya tak percaya pada hubungan jarak jauh!"
6. Beritahu perkara sebenar.
7. "Let's just be friends."
8. "Terima kasih atas mesej awak. But,I am not available at present. Hope you find your real mata soon."
9. "Saya dah berkawan dengan ramai orang..jadi terima kasih sajalah.."
10. "Saya betul-betul tak berminat, terima kasih."
11. "Awak tak memenuhi citarasa saya."
12. "Maaf..saya masih tak boleh lupakan kekasih lama saya. Jadi, saya tak bersedia untuk memulakan hubungan baru." 13. "Saya tak yakin awak boleh memenuhi semua kehendak saya."
14. "Saya sebenarnya tak begitu berminat dengan hal-hal cinta.. but it was nice to meet you."
15. "Saya suka bertemu awak di Internet. Tapi saya rasa kita tak ada hubungan yang istimewa. Semoga awak bertemu dengan teman lain yang boleh awak menjalin hubungan. 16. "Seronok berjumpa awak..tapi saya hanya menganggap awak teman on-line biasa.Semoga awak berjaya mencari teman di Internet"
17. "Maaf, saya begitu sibuk sejak kebelakangan ini.." 18. "Saya yakin awak seorang yang baik. Tetapi saya tak rasa kita akan bertemu secara bersemuka di realiti"
19. Puji niat baik mereka tetapi kemudian jelaskan " Saya sudah ada menjalin hubungan dengan seseorang yang saya kenal sebelum awak...jadi maaf ya!"
20. "Terima kasih kerana minat awak tu, saya suka dengan puji-pujian awak. tapi, saya tak berminat dengan sesiapa pun pada waktu ini. Saya ucapkan Good Luck pada awak untuk mencari teman lain yang sesuai"
21. "Terima kasih kerana menulis kepada saya. Tetapi sekarang saya berdating dengan beberapa orang dan tak ada masa untuk seorang lagi."
22. "Perbezaan budaya dan cara pemikiran menghalang kita.Terima kasih."
23. "Saya dah berjumpa orang lain."
24. "Saya bukan perempuan normal"
25. "Awak tak sesuai dengan saya. Saya mempunyai citarasa yang tinggi."
26. "Saya akan ke luar daerah untuk jangka waktu yang lama" 27. "Terima kasih..tapi saya sudah berhenti mencari cinta di Internet."
28. "Saya dah kahwin."
29. "Awak tinggal di London saya tinggal di Malaysia..Hubungan ini tak akan menjadi!"
30. "Saya tak berminat untuk menjalin hubungan serius. Perlahan-lahan lah dan tengok apa yang akan berlaku." 31. "Saya mencari seseorang yang lebih tua"
32. "Saya mencari seseorang yang lebih muda."
33. "Terima kasih tapi terima kasih sajalah.... Good luck." 34. untuk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yang pasti mereka tak akan suka seperti "Saya ni pemalas dan tak pandai memasak.kat rumah semua mak buat." Pasti mereka pula menarik diri!
35. Hantar mereka gambar monyet!
36. Blok nama mereka dalam program instant messenger anda atau e-mail anda!
37. Tukar nama nick anda semasa on-line di chat room.
38. Hilangkan diri anda buat sementara atau terus hilang begitu saja!
39. Menolak pelawaan mereka untuk bertemu dengan baik.
40. Bila dia ajak chat..dc saja! Atau klik off pada ICQ atau instant messenger.
41. Beritahu mereka komputer anda asyik meragam.Jadi,tak boleh nak chat!
42. " Oh..saya tak sangka awak menaruh minat pada saya..tapi saya mencari seseorang yang sedikit berbeza.." 43. "Maaf...saya rasa kita tak secocok.. Good luck on your journey!"
44. Bila dia mula cakap merapu..soal cinta..perasaan dan sebagainya..buat tak layan saja! Cakap topik lain.
45. "I'm sorry, you seem like a really nice person, but I'm not interested."
46. "Maaf..hubungan kita pasti tak akan menjadi..Saya ada firasat yang kuat. Saya beritahu awal-awal kerana tak mahu awak terus mengharap..Carilah orang lain.
47. "Tak berminat..terima kasih. Harap awak tak tanya lagi! 48. "Tak! Jika awak berdegil, saya akan komplen pada Sys Admin."
49. "Maaf, saya ni sebenarnya lelaki!!
50. "Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh!" Kaedah ini hanyalah sebagai pembacaan sahaja.Ambil mana yang baik dan buang mana yang buruk.Pasti anda punya cara tersendiri untuk menolak cinta di Internet!

No comments:

Post a Comment

thanks coz bcew n pdew yg komen...tggalkn jejak anda n sy akan ke sana...full of love....ding_dong (^^,)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥